Spread the WORDS Of Humanity, GOD ALMIGHTY SAYS IN THE HOLY QURAN: 'NO REWARD DO I ASK OF YOU FOR IT: MY REWARD IS ONLY FROM THE LORD OF THE UNIVERSE'. (Firman Allah Ta’ala: ‘Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam)'. (Surah 26 'Asy'araa: verse 109)
1WC'sNEWS@humanRightCommunitySharing2012
1WC'sNEWS@humanRightCommunitySharing2012
1WC'sNEWS@humanRightCommunitySharing2012
Maka sebarkanlah apa saja yang anda fikirkan perlu disebarkan. Apa yang anda baca di sini hanyalah maklumat. Ianya akan menjadi ilmu yang manfaat apabila diamalkan. Dan jika kita sampaikan ilmu yang kita ada kepada orang lain, maka Allah Ta'ala akan menganugerahkan kepada kita ilmu yang belum kita tahu.
We are living in a time when the Corrupt are displayed as the Wise People & Wise People as the Corrupt. When The Rich get Richer and the Poor stay Poor. With this Message I will attempt explain one Of the Signs from God & The Mystery Surrounding us. We don't know exact time Of the HOUR, (Only God Knows). However, we do know some Of the Sign. Read Carefully. Think & Observe the Signs Of All Mighty God before it's too late. The HOUR is Coming, it's just a matter Of time . . .
terahsia 'Bangsa MALAYu' BHG VI
Mengapakah wajah MALAYu mengalami variasi yang kompleks? Jika kita melihat kepada bangsa Cina, kita tahu 'trademark' wajah mereka, begitu juga dengan orang India. Tetapi wajah MALAYu adalah yang paling 'international'. Apakah maksud 'Nusantara'? Jika kita terbalikkan perkataan ini kepada 'antara nusa', apakah yang dapat kita fikirkan. Mungkin yang tercetus adalah perkataan 'antarabangsa'.
Sebab itu seorang saintis Jerman, Johann Friedrich Blumenbach telah menambah 1 lagi 'race' dalam kajian antropologinya pada tahun 1795 menjadikan bangsa-bangsa utama DUNIA menurut teorinya ialah, Caucasian (kulit putih), Ethiopian (kulit gelap), Native American (kulit kemerahan), Mongolian (kulit kuning) dan yang terakhir Malay di mana penerangannya tentang warna kulitnya ialah:
". . . a brown color, from olive and a clear mahogany to the darkest clove or chestnut brown."
Kunci Rahsia Para Firaun dan Emperor Babilon
Sebelum kita meneruskan perbincangan, mari perhatikan beberapa katakunci yang kita kumpulkan setakat ini berkaitan bangsa misteri:
Gunung
Laut
Pantai
Pulau
Bunga
Wangi-wangian
NusantaraPelbagai bangsa
Nabi Ibrahim
Budaya Vedic
Lihat, dari kata kunci di atas kita boleh menerbitkan petunjuk-petunjuk lain. Kita ambil katakunci 'Laut'. Ini akan membawa kepada kemahiran dan profesion bangsa misteri dalam bidang Oceanography (kelautan). Kemahiran membina kapal, ilmu perbintangan dan arah mata angin adalah ciri bangsa misteri.
Jika kita ambil katakunci 'Vedic' ini akan membawa kita menjelajah epik bangsa misteri ketika bersama-sama bangsa Aryan lain membina kerajaan-kerajaan di Asia Tengah hingga ke Benua India. 'Gunung' akan membawa kita kepada rahsia banjaran Himalaya yang digelar 'Bumbung DUNIA' di mana banjarannya boleh dikesan sehingga Indochina bersisa sampai ke Segenting Kera dan bersambung dengan banjaran Titiwangsa. Katakunci ini akan menerbitkan katakunci lain seperti 'Malai', Phnom', 'Funan' dan 'Sailendra'.
Perhatikan suffix 'nung' dan 'nom' dan 'nam'. Kesemua kata ini bermaksud gunung atau bukit. Perhatikan dari mana mitos Gunung Mahameru diambil dalam budaya Vedic Hindu. 'Wangsa' adalah gaya purba bahasa MALAYu Kuno yang kini huruf 'w' digantikan dengan huruf 'b' dalam bahasa MALAYu Moden.
Contoh yang lain ialah 'wulan' dan 'bulan'. Perkataan 'titiwangsa' bermaksud 'hubungan antara bangsa'. Apakah kaitan antara Himalaya dan Titiwangsa? Kedua-dua banjaran ini mempunyai hubungan dan sejarah terahsia zaman-berzaman. Jadi, dapatkah anda lihat perkaitan 'Nusantara' dengan 'Titiwangsa'?
Kita ambil katakunci ke-7 iaitu 'Nusantara'. 'Nusa' adalah sama ertinya dengan 'bangsa'. Nusantara bermaksud 'antarabangsa' jika kita ingin memahaminya dalam konteks DUNIA hari ini. Sebab itu Patih Gajah Mada menyebut seluruh Alam MALAYu ini dengan Nusantara, kerana betapa banyaknya bahasa dan etnik yang berbilang di dalamnya. Walaupun berbilang kaum dan bahasa namun bahasa MALAYu (MALAYu Kuno) telah menjadi lingua franca dalam pentadbiran dan perdagangan di Alam MALAYu.
Raja-raja MALAYu dan Jawa dalam empayar-empayar mereka menggunakan bahasa MALAYu Kuno sebagai bahasa perantaraan dan kesusasteraan, ditemui buktinya pada prasti-prasasti dan batu bersurat. Bahasa MALAYu Kuno adalah bahasa yang bercampuraduk antara bahasa Sanskrit dan bahasa-bahasa etnik Mala tempatan. Mengapa Sanskrit?
Jika kita faham siapakah yang sebenarnya memiliki bahasa purba ini, kita akan faham mengapa kerajaan-kerajaan MALAYu Purba beragama Hindu dan menggunakan bahasa Sanskrit. Semua rahsia terdapat dalam peti berlabel 'Vedic'.
Kita akan menjelajah lebih dalam segala misteri ini dan kelak kita akan tahu mengapa raja-raja Khmer dan Angkor mencedok budaya Kejawaan Sailendra, Jawa dan Bali dalam kostum dan kesenian mereka, mengapa mereka tidak menggunakan bahasa Sanskrit (majoriti teks agama dalam bahasa Pali dan selebihnya Khmer Kuno) dan mengapa etnik Tai beragama Buddha (manakala kerajaan-kerajaan MALAYu dan Jawa (bangsa Mala) beragama Hindu (khasnya di IndoChina) dan menggunakan Sanskrit.
Jika kita perhalusi segala misteri ini dan mengkaji dengan mendalam, mengapakah bangsa MALAYu (tidak kira MALAYu Jawa atau MALAYu Kelantan) amat suka menubuhkan kerajaan dan melantik raja-raja? Bangsa MALAYu adalah bangsa yang amat degil mempertahankan sistem beraja.
Mereka suka menubuhkan kerajaan dan empayar di sana-sini tanpa bersatu padu. Kaum Tai misalnya juga mempunyai raja dan bersatu setelah juga menghadapi perpecahan sebelum itu. Tetapi ini dapat diterima kerana kaum Tai yang berasal dari Shan di wilayah China tidaklah sebesar dan serumit bangsa Mala.
Jika kita ingin melihat dari sudut lain, misalnya dari segi bangsa-bangsa Kecinaan, kita juga menemui masalah yang sama. Pertelingkahan antara mereka juga sama dengan bangsa Mala.
Sebab itu kaum-kaum di wilayah-wilayah selatan China terpaksa mengalah dan berundur ke IndoChina dan lebih ke selatan untuk mengelakkan bala tentera etnik China yang menang perang antara etnik-etnik keCinaan yang lain. Trend di Tanah Besar China ialah, etnik yang menang perang,merekalah yang berhak menabalkan maharaja dan memulakan dinasti pemerintahan.
Sama seperti bangsa Monggol yang menang perang dengan bangsa Cina,mereka menubuhkan Empayar Monggol Yuan di Tanah Besar China. Perlu diingat, bahawa sebelum ini, kaum-kaum selatan China ini tidaklah mempunyai kerajaan dan raja sebelum ini dalam ertikata sebenarnya.
Kehidupan yang mencabar setelah diasak oleh etnik-etnik Cina dari wilayah tengah,menyebabkan mereka terpaksa menjadi pelarian dan kaum gasar di tengah-tengah kerajaan-kerajaan purba bangsa Mala di IndoChina. Ketika itu, bangsa Mala telah lama menubuhkan kerajaan-kerajaan mereka sendiri.
Dari katakunci 'Vedic', kita tahu siapa yang membawa budaya Avestan yang mempengaruhi bahasa Sanskrit di India. Kaum misteri Kambojas adalah antara sub bangsa Aryan yang diiktiraf memang pakar dalam budaya Sanskrit Veda-Avestan.
Deutro Mala yang berasal dari keturunan Keturah dan Abraham bersama-sama bangsa Aryan yang lain (Medes, Parsi) menyerang Benua India dan memaksa kaum-kaum asli India (lebih dikenali sebagai etnik-etnik Dravidia) bergerak lebih selatan. Sebab itu kita dapati bahasa Hindi/Urdu (etnik-etnik Hindustan mendiami utara India) bercampur antara Arab, Parsi dan Sanskrit.
Kita boleh tahu jika kita adalah penggemar filem-filem Bollywood. 'Mohabbatein' sebuah filem Hindustan Bollywood yang diarahkan oleh Aditya Chopra, lakonan Shah Rukh Khan dan Aishwariya Rai adalah kata Hindi-Urdu yang bermaksud 'Kisah Cinta' berasal dari kata Arab 'Mahabbah' iaitu 'cinta'.
Kaum India yang dibawa British ke Tanah MALAYu bukanlah dari etnik Hindustan tetapi majoritinya dari etnik Tamil atau etnik Dravidia (Malayalam, Telugu) yang berkasta rendah dalam agama Hindu; tepatnya diistilahkan sebagai Vaisya, Sudra dan Paraiyar (Pariah) atau Adi-Dravida (sistem ini memang kejam dan melanggar hak asasi manusia).
Etnik Hindustan adalah etnik yang dihormati, tinggi budayanya dan berkasta tinggi. Jika kita membicarakan tentang filem-filem Bollywood, bermakna kita sedang membicarakan filem-filem yang berbahasa Hindi-Urdu. Bahasa Hindi-Urdu digunakan di wilayah sebelah utara India dan di Pakistan manakala di sebelah selatan India, penduduknya menggunakan bahasa Dravidian seperti Tamil.
Mereka biasanya berkasta Brahmin, ini tidak menghairankan jika etnik-etnik di sebelah utara India ini yang tinggal di kawasan pergunungan yang indah dan berlatar belakangkan Himalaya yang bersalji adalah berasal dari etnik-etnik Aryan yang membawa budaya Vedic dan bahasa Sanskrit beribu tahun dahulu. Agama Hindu berasal dari agama purba; agama Ibrahim yang menyembah Tuhan yang 1, dibawa oleh bangsa misteri sebagai wasiat Nabi mulia itu.
Keturunan Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam yang lain seperti dari Siti Sarah (menurunkan bangsa Yahudi) tidak pernah mengembara beramai-ramai sampai ke India. Juga dari Siti Hajar (menurunkan bangsa Arab) juga lebih selesa menetap di Tanah Arab, bermain-main dengan unta padang pasir dan memetik buah kurma. Tetapi keturunan Keturahlah yang diberi tanggungjawab dan amanah berat berpindah ke Timur Jauh, The Land of The East untuk membawa agama Ibrahim dan mencari tanah nenek moyang mereka dari sebelah ibu, iaitu gadis misteri wangi-wangian, Siti Keturah.
"Abraham left everything he owned to Isaac. But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to THE LAND OF THE EAST"
(Genesis 25:5-6)
Perihal berhijrah ini bukanlah sesuatu yang baru bagi Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallamkerana sebelum itu baginda juga pernah diwahyukan supaya membawa Siti Hajar dan Nabi Allah Ismail Alayhis Sallam jauh dari Tanah Kanaan iaitu ke Tanah Arab, memisahkan mereka dengan Siti Sarah dan Nabi Allah Ishak Alayhis Sallam (Isaac).
Firman Allah Ta’ala: 'Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmur-kannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur'. (God Almighty says in the Holy Quran: Our Lord, I have settled some of my descendants in an uncultivated valley near Your sacred House, our Lord, that they may establish prayer. So make hearts among the people incline toward them and provide for them from the fruits that they might be grateful). (QS Ibrahim 14: verse 37)
Kini baginda diwahyukan lagi supaya membawa keturunan Siti Keturah jauh dari Tanah Kanaan iaitu ke Timur Jauh.
Para sarjana Barat ada mengkaji tentang bangsa Deutro Mala yang ada kaitan dengan kaum Kambojas, 1 kaum berkasta Ksatria yang dikatakan menubuhkan kerajaan Kambujadesa, Champadesa dan Gangga Negara di Nusantara.
"Combination of the colonial Kambujas of Hindu-Buddhism faith, the Indo-Persian royalties and traders as well as traders from southern China and elsewhere along the ancient trade routes, these peoples together with the aborigine Negrito Orang Asli and native seafarers and Proto Malays intermarried each others and thus a new group of peoples was formed and became to be known as the Deutero Malays, today they are commonly known as the Malays".
(Kambojas and Malays)
Perkataan 'Colonial Kambujas' dan 'Indo-Persian royalties' adalah katakunci kepada sub bangsa Aryan yang membawa budaya Vedic-Avestan ke India. Mereka berasal dari bangsa Mada-yu dan Mala-yu (Deutro Mala) yang membentuk balatentera Aryan yang menakluk India ketika itu. 'along the ancient trade routes' adalah petunjuk kepada katakunci 'bangsa yang mengembara'. DEUTRO MALA IALAH HASIL DARI PERKAHWINAN NABI ALLAH IBRAHIM ALAYHIS SALLAM DAN SITI KETURAH. Ketika bergerak ke arah timur, keturunan mereka telah berasimilasi dengan kaum-kaum Indo-Iranian dan Indo-European atau secara amnya dikenali sebagai bangsa Aryan.
Mereka mengembara mencari 'The Promised Land' dan bertemu dengan saudara mereka dari sebelah ibu,PROTO MALA. Sejarah bangsa MALAYu bukanlah seperti sejarah etnik-etnik yang menjadi pelarian diasak oleh bangsa lain yang lebih gagah. SEJARAH MALAYu ADA KAITAN DENGAN SEJARAH NABI-NABI. Bangsa Keturah telah muncul menjadi 'colonial kambujas' menunjukkan ia adalah bangsa penakluk tetapi pada masa yang sama kaya dengan nilai kebudayaan dan seni.
Jika kita kaji pola yang terdapat di antara kerajaan-kerajaan purba di Indochina dan Nusantara misalnya kita akan nampak rahsia kehadiran bangsa Deutro Mala di Nusantara. Kerajaan-kerajaan terkemudian seperti Khmer, Thai, Viet atau Burma adalah penganut Buddha. Manakala kerajaan-kerajaan purba yang lebih awal di Indochina seperti Funan dan Champa adalah kerajaan Hindu.
Begitu juga kerajaan Tarumanagara dan Gangga Negara. Agama Hindu terbentuk lebih awal dari agama Buddha dan Gautama Buddha itu sendiri asalnya beragama Hindu. Jadi etnik-etnik kecinaan di Indochina seperti Tai dan Khmer adalah beragama Buddha. Tidak pernah pula Tanah Besar China mengalami zaman Hindu secara besar-besaran.
*Kostum raja dan ratu Jawa Kuno
Sailendra bermaksud 'Dewa Gunung' dalam bahasa Sanskrit. Raja-raja Khmer sendiri mendakwa mereka dari keturunan pahlawan Kambojas. Terdapat misteri pada sejarah kerajaan Khmer Purba bermula di Kemboja. Jayavarman II yang mengasaskan kerajaan Angkor telah tinggal lama di Jawa tepatnya di dalam istana kerajaan Sailendra di mana Sailendra adalah kerajaan yang mengambil ajaran Buddha sebagai anutan.
Ada 2 teori tentang Jayavarman ini, pertama beliau seorang putera Jawa yang dihantar ke Kemboja untuk memerintah di sana. Ke-2, beliau orang Mon atau Khmer yang datang ke Jawa untuk belajar ilmu pentadbiran dan budaya kerana ketika itu Kemboja di bawah naungan kerajaan Sailendra atau kerajaan Jawa Kuno.
*Atas adalah ukiran di Angkor Wat, bawah adalah ukiran di Borobudur menggambarkan suasana di dalam istana Sailendra, perhatikan 'headgear' mereka. Juga persamaan kostum mereka.
*Contoh senibina Srivijaya di Thailand, gambar atas kompleks candi era Srivijaya di Jawa.
*Atas adalah penari Khmer manakala di tengah dan bawah adalah penari Bali.
Ketika itu Thailand, Laos dan Kemboja pada hari ini adalah jajahan Khmer Purba. Pada suatu ketika kedua-dua empayar ini bertembung, namun Sriwijaya tetap merupakan empayar terkuat ketika itu dengan segala jajahannya yang amat luas. Sehingga pada kira-kira 851 M, seorang raja Khmer dengan angkuh mengatakan mahu menyantap kepala Emperor Sriwijaya di atas pinggan hidangannya.
*Atas ialah relief dari Borobudur dan bawah patung dari Angkor Thom
Sebelum kehadiran etnik Tai, Khmer, Burma dan Viet, Indochina telah lama di diami oleh Proto Mala yang terdiri dari etnik-etnik aborigine,etnik kejawaan dan etnik Mon. Orang Mon adalah kaum selatan China pertama yang berinteraksi dan tinggal bersama-sama dengan Proto Mala.
Antara kerajaan orang Mon ialah Honsawati, Dvaravati dan Hariphunchai. Champadesa atau Champaka Sari didirikan oleh kaum Cham, 1 sukukaum Proto Mala yang memiliki kemahiran maritim yang tinggi.
Champa beragama Hindu dan antara negarakota-negarakota yang dibina oleh kaum Cham ialah Inderapura, Amaravati, Vijaya, Kauthara dan Panduranga.
Kaum Cham mengikut kajian antropologi adalah serumpun dengan orang Aceh. Hari ini di Kemboja masih terdapat penempatan mereka seperti di Kampong Cham yang merupakan wilayah terpadat populasinya di Kemboja.
*Cham Tower, antara senibina MALAYu Champa,adakah ketika itu orang MALAYu Champa sedang melukis gambar monyet di gua-gua?
Sebahagian kesenian arkitek bangsa Khmer dan Viet adalah diambil dari seni kaum Cham Purba ini serta orang Mon. Etnik Tai yang pernah berada dibawah pemerintahan Empayar Khmer pula telah mencedok budaya Khmer termasuk tulisan mereka. Raja Tai bernama Ramkhamhaeng telah mengubahsuai tulisan Khmer Purba menjadi tulisan Tai yang ada sekarang ini.
Tulisan jenis ini berasal dari tulisan Brahmi. Tulisan Brahmi adalah tulisan yang digunakan oleh bangsa India serta penduduk Asia Tenggara sejak ajaran Hindu diperkenalkan. Tulisan yang digunakan oleh penduduk Asia Tenggara adalah Pallava (subBrahmi) yang juga digunakan oleh kerajaan-kerajaan India Selatan. Sebutan 'Khmer script' dalam istilah Khmer adalah 'aksar' mempunyai kaitan dengan 'aksara' iaitu tulisan Nusantara yang dimodifikasi dari tulisan Brahmi.
Kerajaan Srivijaya juga menggunakan skrip Pallava dalam penulisan bahasa MALAYu Kuno mereka. Ini tercatat dalam Prasasti Kedukan Bukit:
"Swasti, sri. Sakawarsatita 604 ekadasi suklapaksa wulan Waisakha Dapunta Hyang naik di samwau mangalap siddhayatra. Di saptami suklapaksa wulan Jyestha Dapunta Hyang marlapas dari Minangatamwan mamawa yang wala 2 laksa dangan kosa 200 cara di samwau, dangan jalan sariwu telu ratus sapulu dua wanyaknya, datang di Mukha Upang sukhacitta. Di pancami suklapaksa wulan Asada laghu mudita datang marwuat wanua . . . Sriwijaya jayasiddhayatra subhiksa"
Maksudnya:
Selamat dan bahagia! Dalam Shaka 605, pada 11 hari bulan terang dari bulan Waisyakha Baginda naik kapal mencari untungnya pada 7 hari bulan terang dari bulan Jyestha Baginda berangkat dari muara Tamvan membawa bala 2 laksa dengan . . . 200 pawang di kapal dengan yang jalan kaki 1300, 12 banyaknya datang di Matajap suka cita. Pada 5 hari bulan terang dari bulan Asada belayar mudik, datang membuat benua . . . Srivijaya kota yang berjaya, yang bahagia, dan yang makmur!
Pada tahun 671 seorang pendeta Buddha dari negeri China bernama I Tsing dalam perjalanannya ke India beliau telah singgah ke Srivijaya untuk belajar tatabahasa Sanskrit, memperlihatkan betapa pentingnya Sriwijaya waktu itu. Bayangkan seorang pendeta Cina melanjutkan pelajarannya dalam bidang Tatabahasa Sanskrit di universiti Kerajaan MALAYu Sriwijaya.
Mengapa tidak belajar di India?Ingat,teks agama Buddha kebanyakannya ditulis dalam bahasa Pali. Bangsa Mala amat tinggi kemahirannya dalam bahasa Sanskrit, yang merupakan bahasa kerabat istana, para Brahmin dan bangsawan, manakala Pali adalah bahasa rakyat atau kebanyakan.
I Tsing juga mencatatkan di Sriwijaya ada lebih dari seribu pendeta. Setelah tinggal selama 6 bulan di Sriwijaya, beliau bertolak ke Nalanda, India untuk belajar di Universiti Buddha mempelajari ajaran Buddha Mahayana, selama 13 tahun di sana.
Kemudian pada tahun 685 kembali ke Sriwijaya untuk menterjemahkan teks Budha ke dalam Bahasa China dan menyusun buku memoirnya yang memakan waktu 4 tahun di Sriwijaya. Pada tahun 689 kerana keperluan alat tulis dan pembantu maka I Tsing bertolak ke Kanton dan kembali ke Sriwijaya dengan 4 orang teman untuk menyiapkan memoirnya yang akhirnya diselesaikan pada 692 dan pada 695 beliau kembali ke China.
Pada tahun 1005 seorang raja Sriwijaya membangun sebuah biara di Nagapatam, pantai Timur India, dan Raja Chola, menghadiahkan hasil pajak tahunannya sebuah tempat bagi para saudagar Sriwijaya untuk singgah, tinggal dan menjalankan aktiviti keagamaan. Perkara ini menunjukkan pada waktu itu sudah ada hubungan dagang antara Sriwijaya dengan India.
Pada era bersamaan ada sebuah catatan China yang mengatakan bahawa pada masa itu hidup Seorang reformis Agama Budha di Tibet bernama Atisa yang mencatatkan bahawa beliau telah belajar di Sriwijaya dari tahun 1011 sehingga tahun 1023 dengan seorang mahaguru MALAYu bernama Dharmakirti, seorang ketua pendeta kuil Buddha di Sumatera.
Dalam biografi Atisa disebutkan Sumatera merupakan pusat terbesar agama Budha dan Dharmakirti adalah sarjana terbesar pada masa itu. Bayangkan seorang sami muda dari Tibet sedang tunduk berlutut sambil mencium bumi di hadapan gurunya, seorang pendeta MALAYu berkasta tinggi, seorang sarjana terbesar agama Buddha seluruh DUNIA. Segala rahsia mistik dan 'sufism' agama Buddha adalah dalam kepala pendeta MALAYu ini.
JIka kita memahami misteri yang menyelubungi Nusantara setakat ini, kita akan memahami adakah bangsa misteri masih tinggal di dalam gua sambil mengail ikan atau melukis gambar monyet di dinding-dinding.
Kita akan tahu mengapa para Firaun mengatakan DUNIA sebelah sini adalah The Land of The Gods dan asal nenek moyang mereka. Bangsa yang duduk di SISTEM PULAU TERBESAR mustahil tidak memiliki pengetahuan bintang yang tinggi.
Ini kerana di tengah-tengah lautan, di waktu malam, bintang-bintang adalah kompas dan peta yang besar. Bangsa yang memiliki ilmu perbintangan pasti sudah biasa dengan buruj Orion. Dan susunan Piramid Giza adalah mengarah sejajar dengan kedudukan bintang-bintang Orion.
Sebelum kita mengakhiri perbincangan kita setakat ini, mari kita hayati catatan seorang ilmuan dari Universiti Skovde iaitu Daniel Kaplan.
"Abraham was 99 when Sarah gave birth to Isaac, from whom descended the Jews and later the Christians. His first son was Ishmael, patriarch of the Moslems, born to his servant Hagar. Some even say that Abraham had other children who went east and became the Brahmins, or the highest caste of Hindus and early priests of Buddhism. All this because God told him to 'Go yourself.' 'Through you', God told Abraham, 'all the people will be blessed."
(Danial Kaplan, Walking With Abraham-I'm Coming Home)
SECRETs ‘Terahsia Bangsa MALAYu’ VII
-Pelayaran Bangsa Misteri
-Ilmu Perbintangan Bangsa Misteri
-Kerajaan Nabi Sulaiman
-The King Solomon Mines
-Ritual Para Firaun
-Apa yang dibincangkan para Firaun di Nusantara?
-Isteri raja Kapur Barus
-Seri Melati dan Cik Siti Wan Kembang
-Di manakah Ophir dan lombong emas?
-Tanah Nenek Moyang Firaun
-Budaya Vedic di Benua Kecil
-Peperangan dengan bangsa Yahudi
-Peperangan dengan barbarian
-Serangan ke atas etnik-etnik India
-Peperangan dan asimilasi di selatan China
-'Saudara jauh yang bermusuh' di Indochina
-Segenting Kera dan Sekangkang Kera
-Langkasuka dan Pattani
-Warisan Kesultanan MALAYu
-Kerajaan dan Empayar
-Kesultanan MALAYu Melaka
-Kesultanan Brunei, Sulu (Filipina) dan Jawa (Indonesia)
-Pedang Cura Simanjakini
ps: Jangan anda bertanya pada bukan ahlinya. Karana ianya perbuatan yang sia-sia.
DOKTOR SEJARAH ANDA
Abang sakit apa? Buta sejarah?
Biar Cik Seri suapkan ubat sampai celik ekk!
here: Berani Kerana Benar
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012.
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012.
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012.
Sila mematuhi etika blog yang betul apabila menghantar komen anda. Pemilik blog akan menjalankan budi bicara membenarkan atau menolak sebarang komen yang dianggap sebagai menghasut, memfitnah, memfitnah, bersifat perkauman, kesat, menghina, dan lain-lain kenyataan yang mempamerkan ciri-ciri yang serupa. Jika anda berkeras untuk menggunakan komentar anonymous, sila tulis nama anda atau ID lain di hujung mesej anda. (Please adhere to proper blog etiquette when posting your comments. This blog owner will exercise his absolution discretion in allowing or rejecting any comments that are deemed seditious, defamatory, libelous, racist, vulgar, insulting, and other remarks that exhibit similar characteristics. If you insist on using anonymous comments, please write your name or other IDs at the end of your message).
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Umm-Al-Muminin Wives Of Muhammad Shalla'Allahu Alayhi wa Sallam (Peace and blessings Of God be on him). 1) Khadijah bint Khuwaylid 2) Sawda bint Zamʿa 3) Aisha bint Abi Bakr 4) Hafsa bint Umar 5) Zaynab bint Khuzayma 6) Hind bint Abi Umayya 7) Zaynab bint Jahsh 8) Juwayriya bint al-Harith 9) Ramlah bint Abi Sufyan 10) Rayhana bint Zayd 11) Safiyya bint Huyayy 12) Maymuna bint al-Harith 13) Maria al-Qibtiyya
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Hubungan Nabi Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam dengan bani Israel melalui pertalian perkahwinan dengan Safiyyah Radhiya‘Allahu Anha Keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Sallam Isteri ke-11 Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam
Safiyyah Radhiyallahu Anha ialah perempuan kapada Hai, seorang dari keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Sallam, saudara lelaki Nabi Allah Musa Alayhis Sallam. Pada mulanya beliau telah dikahwinkan kepada Salam bin Mushkan dan kemudian kepada Kananah bin Abi Haqiq ketika di Kheybar. Kananah telah terbunuh di dalam peperangan Kheybar dan Safiyyah telah di tawan oleh orang`orang Islam.
Apabila Dahya Kalbi memohon kepada Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam akan seorang gaji, beginda menyerahkan Safiyyah kepadanya. Apabila perkara ini belaku, para Sahabat yang lain menemui Rasulullah Salla ‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam dan berkata: "Wahai Pesuruh Allah! Bani Nazir dan Bani Quraizah (puak`puak Yahudi dari bani Israel dari Madinah) akan merasa tersinggung melihatkan seorang anak perempuan ketua Yahudi dari bani Israel dijadikan orang gaji. Oleh itu kami mencadangkan beginda memperisterikannya."
Nabi lantas memberikan bayaran yang sepatutnya kepada Dahya Radhiya‘Allahu Anhu sebagai wang tebusan dan berkata kepada Safiyyah: "Kini kamu sudah bebas, sekiranya kamu suka kamu boleh kembali kepada puak mu ataupun kamu boleh menjadi isteriku." Sufiyyah menjawab: "Telah lama aku menunggu untuk bersama dengan tuan sejak aku seorang Yahudi lagi. Oleh itu bagaimana dapat aku meninggalkan tuan sekarang apabila aku telah menjadi Islam?" Adalah dikatakan bahwa sekali Safiyyah ternampak di dalam minpinya sebagaimana daripada bulan jatuh kepangkuannya. Apabila beliau menceritakan mimpinya ini kepada suaminya Kananah, beliau telah dipukul dengan hebatnya pada mukanya sehingga mengakibatkan kesan 1 tanda di atas matanya.
Kenanah menyergah: "Nampaknya kamu berhasrat untuk menjadi isteri kepada Raja Madinah" Bapanya juga dilapurkan memukulnya sedemikian rupa apabila ia menerangkan mimpinya itu kepadanya. Pada suatu ketika pula di dalam mimpinya beliau melihat matahari berada di atas dadanya. Apabila mimpinya ini dikemukakan kepada suaminya, dia berkata: "Kamu nampaknya sedang berharap untuk menjadi Permasuri Madinah." Safiyyah berkata: "Aku dikahwinkan kepada Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam ketika aku berusia 17 tahun." Beliau datang untuk tinggal bersama`sama Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam ketika beginda sedang berkhemah di pangkalan pertama dari Kheybar .
Di pagi keesokan harinya beliau berkata kepada para Sahabat: "Biarlah setiap orang membawa barang apa jua pun yang dia punyai untuk di makan.” Mereka semuanya pun membawa barang`barang makanan yang dipunyai mereka masing`masing seperti buah`buah tamar, keju, mentega dan sebagainya. Sehelai kain diperbuat dari kulit dihamparkan (saprah) untuk meletak makanan `makanan yang dibawa itu, lalu mereka semuanya duduk mengelilingi hamparan itu untuk berkongsi makanan itu bersama`sama. Ini adalah Walimah untuk perkahwinannya itu. Safiyyah Radhiya‘Allahu Anhuma meninggal DUNIA pada bulan Ramadhan tahun 50 Hijrah berusia lebih kurang 60 tahun.